Pada 18 Jun 2010, iaitu, selepas satu hari jadiku.
aku bangun di awal pagi bersiap2 untuk ke tempat kerja
tidak pernah seawal itu sebelumnya.
Ini semua untuk mu.
Ku rendahkan pangkatku sampai yang paling bawah, membawa makanan kepada penghuni mu tersayang.
Ini semua untuk mu.
Hampir setiap malam aku tak tidur lena dek kerana melayan kerenah penghuni mu yang kaya raya.
Dengan kesabaran ku, aku tetap teguh menghadapi cabaran, aku membina diri sendiri hingga 3 tahun aku mengendalikan mu.
Setelah 3 tahun, engkau membangun, engkau dipuji, engkau didatangi ramai orang dek kerana menjual makanan sedap dan murah. Sehinggalah mu mempunyai saham di bursa saham Malaysia .
Ini semua untuk mu.
Setelah penat ku berikan, jiwa ku berikan, setelah hampir 4 tahun, apa yang telah kamu lakukan. Dengan sekelip mata saje, kau menolak aku, seperti sampah. Mana pergi pengorbanan ku????????? , mana ko campak kasih sayang aku??????????
Dengan alasan sampah yang kau berikan betul2 merundum jiwaku, jatuh, jatuh dan rebah. Lebih baik aku pergi meninggalkan mu yang terlalu sombong dan bermegah dengan kekayaan duniawi, dengan peraturan, undang2 dunia semua.
Aku akan bangkit semula!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!